Banner

Banner

Saturday, December 25, 2010

Kenangan bila Krismas

Sesungguh nya hari krismas itu ada memori yang begitu manis sekali untuk diri ni. hahaha.. Ianya bukan lah perayaan yang disambut oleh aku, namun ianya ada satu kisah yang selalu buat aku tersenyum bila teringat kembali. :p

hehehe... al kisahh~~

Dahulu kala, semasa berusia lingkungan 7 tahun. Mesti ada movie Home Alone yg ditayangkan di televisyen tempatan pada malam krismas (Christmas Eve). Aku pun khusyuk la tengok cite tu.. Best sangat.. walaupun dah tayang berapa kali pon best sangat nak tengok lagi sebab dia punya cerita tu banyak idea perangkap n lawak. korang pon mesti dah tengok kan.. hehe.. Time tu tengok ada salji dalam cerita tu. So aku pun bayangkan betapa bestnya bila salji n mesti best kalau dapat main salji. So aku pon tengok la cerita tu sampai habis. Sampai sebelum tido aku pun aku berangan2 betapa bestnya salji tu. teringin sangat nak main salji.. Maka aku pun tidur lah malam itu..

Keesokkan hari nya, aku pun bangun lah dari tidur di ruang tamu dengan ayah ku. Time tu aku tengok ayah aku kusyuk tengok tv. Aku pun tengok luar rumah dengan bersemangat sekali, sekali aku tengok, aku pelik sangat dan berkata "eh mana salji ni?" Dalam gelisah ni.. terus aku bertanya kepada ayah aku.. 

"Ayah, mana salji ni? bukan ke hari ni hari krismas?"

Ayah aku pun menjawab "Sini mana ada salji" dan khusyuk menonton televisyen dan tidak menghiraukan aku. 

Aku pun pelik sangat2. Rasa nak nangis pon ada. hahahaha.. kecewa nya ya Allah... baru malam tadi aku berangan nak main salji depan rumah. baru nak main gelongsor dekat bukit yang ada salji.. lagi2 berangan main ski tu, sebab depan rumah flat aku ni ada bukit kecik.. membahagikan flat atas dan flat bawah. Aku rasa kecewa sangat2 dan tak bertanyakan selanjutnya kepada ayah aku. Dia pun bukan layan sangat ape yg aku cakap. hahaha..

Aku pun menyedapkan hati aku..
"Mungkin tahun ni salji tak turun kut?" Monolog aku bersendirian.
"Mungkin tahun depan..."
So aku pun biarkan je la perkara tu dan pergi membawa diri. 

Aku tengok luar rumah tu panas terik je sebab tengahari aku bangun time tu.. almaklum la cuti sekolah. haha. pelik2.. begitu pelik aku rasa time tu. 

Tahun depannye rasanya aku dah tak tunggu salji kot sebab mungkin aku dah tak kisah sangat sebab aku takut dikecewakan lagi. hahaha XD begitu la tahun2 berikutnye.

Time aku dah darjah 4, kan ada belajar subjek Kajian Tempatan kat sekolah rendah. Cikgu ada menerangkan tentang iklim dekat Malaysia ni macam mana. Kan Malaysia ni beriklim hutan khatulistiwa. so memang tak ada salji sebab ianya beriklim Panas dan lembap (hujan). hahaha

Bila cikgu ajar tentang benda ni, tersenyum sipu aku sendirian. Betapa aku rasa malu dengan diri aku dulu2 kala. hahaha.. kahkahkah.. Rasa tertipu terpedaya sume ada.. hahahaha... tapi tak sangka la gak. Benda ni jadi benda paling manis skali. buat aku senyum silu sorg2 mcm org gila bila teringat krismas. Hehehe.. kenangan kenangan. :D














Salji wahai salji.. hahaha... bukit tu tak la macam ni.. ni tinggi sangat. main boleh terbunuh di tempat kejadian.

So, aku pun dah menetapkan salah satu impian terbesar aku, selagi aku masih hidup ni, aku nak pergi oversea n main salji. hehehe.. kalau dapat pergi dengan my family, isteri dan anak2 mesti lg best. Insyaallah. sungguh kempunan aku dibuatnye. wahahaha!!

3 comments:

rj Etika said...

hahaha... bongok gile tunggu salji turun. nape kau tak pernah cite pon kat kitorang? hahaha~

bybiehun said...

takkan la aman nak cerita kebodohan dia kt orang lain? :P hahaha..jatuh la maruah...RANKING da jatuh pun ckup la et...hahahahaaa

Amman Asli said...

hahaha.. tu la tanda nyer kecik2 imaginasi aku dah terlalu tinggi.. sukar untuk di tandingi.. hahaha... nak cite tp tak feel la..segala yg dicite tu tak dapat digambar kan dengan kata2 sebagai mana ditulis. jd best lg menulis. ahaha

ah ko tam. bia la bodo pon.dah nama pon budak kecik. bio la jatuh ranking pon. tak perlu la nak bangga2 dengan kekayaan yg ada. nanti Allah tarik balik tau la. haha