Banner

Banner

Sunday, March 13, 2011

Yes! Akhirnya dapat juga me-Merong Mahawangsa

Firstly malam tadi baru nak pergi karaoke dekat SS2 belakang Restoran Murni tu.. Tapi disebabkan bajet kami lari.. tak dapat nak ligan (kejar bahasa Kedah). Ingat nak karaoke dekat bintang je. Tapi member2 aku ni tetibe datang plan nak tengok wayang. Sume nak tengok Merong Mahawangsa. Ya, aku setuju. Memang itu aku idamkan. Lagi2 pula orang istana ingin memayung besar. (hamboih... influence suda mari).

Berlabuh lah kapal perang jenama proton itu tiba di Lautan Lembah Tengah (MidValley) pada sedetik saja lagi sepurnama malam. Sempat hamba dan teman2 hamba membeli tiket wayang. Namun, tidak lautan manusia itu mampu ditentang dengan tenang kerana jumlah kerusi-kerusi wayang sememangnya mencabar dan berjauhan pula kami dan diantara kami pula masing-masing di kelilingi manusia2 yang durjana pula. Hahahahaha. Ah penat la merapu. Hehehe..

(Kembali ke Era moden..)

Dah la seat wayang hampir penuh, pukul 11 kitorang beli. ada 4 seat kosong lg. memang tepat2 la tapi sume berjauhan. Sebab da takde cite yg best dan rasa nak tengok jugak so redha je la. Then, kitorang cabut undi, dan aku dapat seat depan sekali T.T... sedih gile. Tapi Merong punya pasai tak kisah. Hehe.

N 03...cis paling depan


MY REVIEW OF HMM
I'm just put some review but if taknak tau kisah dia dlu so takyah la baca. haha




  • Pembuka cerita dah menceritakan kisah Kerajaan Rom, China dan India. Bagaimana mereka jumpa Merong Mahawangsa (MM). Boleh tahan. jelas kisahnya. 


  • Mereka berbahasa Inggeris. MM juga. Tapi MM sambil berbahsa Inggeris kemudian bercakap Melayu pula dengan orang2 negara lain. Rasa bangga pulak bahasa melayu ni dulu kala begitu gah. juga dikuasai negara2 besar. MM juga boleh bertutur bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Memang nampak bahawa dia pengembara yg sering mengembara ke negara2 besar.

  • Satu babak, tiba MM dan Putera Rom ke tapak pelabuhan dan berjumpa Panglima China...Bg aku, tapak2 khemah tu tak nampak realistik. Nampak kain khemah dan tapak tu macam baru je semua. Nilai2 keburukan sebagai seni tu tak nampak. Keciwa sikit. Hahaha.

  • Dan Puteri China dan Ummi Nazeera dalam ni memang tiptop. Tergoda Encik Amman. Adus. Terus minat bertambah2. hahaha. Luv u.. Luv u.. hahaha.

  • 1 kes yang Encik Amman pelik. Masa mula2 cerita nak start, dia punya rating tu U - Untuk tontonan umum. Tapi kan, babak2 bunuh2 tu, cantas2 leher, kapak2 kepala, darah2 bagai. Tak mengganggu emosi kanak2 yg tak cukup umur ke? =.=U camne leh lepas? korang tengok la dulu. rasa2 keterlaluan tak? Nanti komen ye. hehe

  • Yang tak best nyer, watak Puteri Cina dengan inang dia ni spoil sikit mase diorang cakap Bahasa Inggeris. Pelat tu takpe la, bajet cam cina cakap pelat bile berbahasa Inggeris. tapi diorang cakap tu tak lancar la. sepatah2. slow lak tu, dengan body language tak kene langsung. Yang Inang dia tu, nak wat gaya2 humor sikit tapi tak menjadi. Oh tak suka!

  • Yang paling tak minat. SOUND SYSTEM dalam wayang Midvalley tu bilik 7 tu macam bodoh sikit. Kejap slow kejap kuat. Spoil! dah la aku kene mendongak tengok skrin sebab paling depan. Sound pulak tak best. Spoil banyak la. Kalau bab movie ni pasal latar suara dan lagu banyak yang tak masuk. Cth: bila babak berlawan tu, dah cantik dah gaya berlawan, tapi bila suara diorang berlawan tu= "hiah hiah hiah" tu dah la kuat, tak real pulak. macam terang-terangan buat dalam studio. Background lagu plak banyak tak kene dengan situasi. boleh kata TAK SEDAP dan tak sesuai la. 

  • Bagi tentera Rom pule, ade beberapa orang tak kena bile pakai armor dia tu. nampak longgar dan nampak loser. haha. tak sesuai. Luka2 mereka yang kene parang2 kat badan tak kelihatan. baju je koyak. luka tak real. haha.. 

  • Tapi kagum gak la ade adegan2 yg boleh membuat adrenalin ni meremang. hehe. bab bile geng geruda tu datang menyerang tu. Pawang Taji seru awan tu cam feel plak. haha. dan banyak la lagi

  • Stephen Rahman Hughes tu charmng habis la jadi MM. Sesuai la. badan ketoi2. haha.. gadis2 boleh ambil kesempatan ini ye di wayang. Orang tak nampak anda tengok ketoi2. hahaha..
  • Ada dialog2 yang cam haram sikit la. best bila teringat balik..cth :
1) "dah lah huduh, bermulut busuk pula" 
2) "Jika pintu empangan sudah terbuka, takkan air mampu ditahan.."

  • Sungguh sengal kedua2 dialog ni. Malas la bagi tau. Korang pi tengok sendiri. Haha
  • Ada satu babak bila MM guna senjata macam cermin yg diilhamkan archimedes guna kuasa cermin pantulan cahaya matahari tu cam nonsense je. Guna cahaye pantulan je mampu bunuh orang dan buat sampan terbakar dalam jangka masa sekejap. "ape ini ape ini".


Emm. panjang la pule. kalau rajin tu baca la ye. nanti komen. hehe. mata ku berat tapi nak post gak entri ni. berterabur sikit la ye. Next time ku perbaiki. :) Ape pun tahniah jugak dekat KRU production sebab mampu buat 3D CGi yang baik la. bukan yang terbaik tapi diorang mampu capai satu hari nanti. Aku yakin sebab diorang ni pioneer la dalam pembikinan idea2 macam ni ntok filem2 semasa tempatan sekarang. Ada elemen2 seni yang diorang dah masukkan dan ianya bergaya. 

Cerita HMM ni ada gaya2 diinspirasikan dari Filem 300 dan Pirates of Carribean. Tak salah kita mengambil mereka sebagai sumber  inspirasi untuk membuat yang terbaik bukan. Berjaya la juge filem ni punya 3D CGi. Tak lah hina sangat even lot of the parts using Green Screen only. Tapi still salute KRU. Best.ada elemen2 seni yang mempunyai stail tersendiri dan perspektif komposisi kamera juga best. 

Jalan cerita tak terlalu cepat dan tak terlalu lambat. Masih jelas dan ok. Hikayat Merong Mahawangsa adalah hikayat lagenda Raja pertama kerajaan Langkasuka yang kini negeri Kedah. Kedah memang banyak lagenda2 dan artifak2 lama lagi2 dekat area Lembah Bujang, Merbuk, Kedah. Ada muzium artifak kat situ. dan juge candi. Pergi lah meneroka kalau anda minat mengetahui dengan lebih lanjut. :)


ENCIK AMMAN MEMBERIKAN FILEM NI RATE 4/5
"Berbaloi untuk ditonton."

15 comments:

Ieka Luvika said...

1 word. JELESSS!!! T_T
*padahal ade je masa klu nk tengok tapi ari tu pegi tengok cite Rango dulu. haha keji betul perangai -_-"

Encik Amman said...

Hahaha..sapa suruh tak tengok..amacam rango? Best tak?

♥ LT Gadis Senjakala ♥ said...

nice komen ttg filemm heheh

Encik Amman said...

ahahah.. percubaan pertama ;p

Wan Suhail said...

ada part saya confuse kenapa Puteri China tu cakap Bahasa Inggeris dengan orang China.Even Puteri China tu boleh kuasai banyak bahasa tapi kenapa tak cakap bahasa ibunda dengan orang China sendiri?

Encik Amman said...

yup.benar tu. cam nonsense kn. haha. kalau diorang nak wat cerita yg universal macam ni.. patut nye mereka berbahasa cina. tapi ni kan filem tempatan.. Nama pun Hikayat Merong mahawangsa. mungkin dia lebih beri penekanan pada orang kita dan memudahkan org kita memahami. tapi tu la. tak logik. haha

sekamar rindu said...

salam...

movie ni berbeza dengan movie2 sebelum ini..syabas KRU

Encik Amman said...

salam.. :) benar tu encik sekamar rindu. hehe.. dah makin ada kualiti yang lebih baik dari seblum ni. Dah berpengalaman dalam bidang ni kan. Mesti makin lama makin baik. Hehehe.. tak rugi lah tengok. :D.. geng2 sy ada yg dah tengok dan rasa nak tengok dua kali.. ku pon rasa macam tu. haha.. best!

amran said...

encik aman lagi best dari muvie ni... pergh!!!

zsab said...

nnti nak tgk gak la (^-^)

Encik Amman said...

sabrina: hehe.. ok pi tengok ye. bestttt~ ;D

amran said...

man bro siap wat entry credit pada lu .. http://ayampenyek.blogspot.com/2011/03/35-setelah-melihat-filem-merong.html

Encik Amman said...

tadi baru lepas stalk bro nyer page. eh ada nama plak. ni baru baca komen ni haha.. ok thanks der

NURUL ATIKA said...

memang berbaloi-baloi nengok movie nih:)

Encik Amman said...

Yup. malaysia dah ada pembikin filem yg sudah mula bertapak dan berpengalaman. di harap filem2 akan datang lebih menarik dan mengagumkan :)