Banner

Banner

Friday, April 8, 2011

Encik Amman Shooting Rancangan TV?

6 April 2011 - Encik Amman dan beberapa rakan kelas dipanggil oleh lecturer untuk join shooting rancangan tv  yang memperkenalkan Kursus Seni Reka Bentuk Perindustrian ini yang berlangsung di Fakulti Encik Amman.

Dengan tak prepare apa-apa ni, tengah buat model lecturer panggil jugak. Sebab beliau kata saje memberi pendedahan muka2 innocent Senior Part 6 ni masuk TV. Dah nama pun lepas ni takde dah dekat fakulti, mungkin mereka boleh tengok muka2 ni kat tv. Bajet macam selalu je masuk tv. Haha!

Ada banyak babak yang dirakamkan, Encik Amman memuatkan diri di dalam 5 segmen yang berbeza. Tapi tak semua gambar sempat gua suruh member gua tangkap.

Aku disitu! berlakon belek2 model dan bincang dengan lecturer.
Gambar di atas adalah scene dimana kami sebagai pelajar dan pensyarah kami membincangkan tentang model-model prototaip yang telah siap yang menggunakan mesin Rapid Prototyping (RP) iaitu mesin pembuat model menggunakan tepung khas.


Encik! Kawan saye perlukan lebih lighting :P ( Sob jgn marah haa) haha
Gambar atas ni pula dekat studio yang lain. Shooting yang menggambarkan suasana pembelajaran dalam kelas bersama lecturer. Aduhai punya skema nya kami buat2 baca buku tebal2. Kami tak baca buku ok! Walaupun semasa pembelajaran dalam kelas. 

Masa sebelum shooting. Masing2 muka di touch-up lg oleh jurusolek. Haha. Gua pun dimekapkan..merah2 muka Encik Amman keseganan. Tapi foundation je kot.. kasi hilangkan minyak dan supaya tidak terlalu berkilat masa dirakamkan tu. Encik Direktor jgn risau sangat..Saya dah cukup gebu dah :P


Tumpang masuk tv kejap!

Model motor Encik Amman dan model member2 ni pun tumpang glamer la sebab di-shooting sekali. Hehe. Tapi model ni mana siap lagi, segan la plak sebab comot2 lg. Scene ni menunjukkan lecturer membincangkan proses pembuatan model prototaip ni.

Semua rakaman ni dirakam tetapi rakaman ini apabila disiarkan tidak mempunyai suara. Hanya review mengenai Industrial Design agaknya. Tetapi rakaman ini memerlukan kami untuk bercakap dan berbincang untuk menggambarkan suasana sebenar tanpa menghiraukan kamera dan Encik Tuan Direktor. Haha.

Dari tengahari sampai ke malam jugak la benda ni. Letih menunggu pon ada. Nak set lighting, kamera etc.. lama kot. Haha.. Tapi ape pun. Encik Amman merasa lah jugak berlakon dengan real director n cameraman. Hohohoho! Rasa cam pelakon la gak. Hahaha.. :P Takpe janji merasa gak sekali seumur hidup. Selalu berlakon untuk video2 assignment 3rd language & dinner je. Hehehe..

Direktor ni kata rancangan ni akan disiarkan kat TVI (TV Interaktif) Channel 180 Astro bulan Mei ni. Haha.. so keluaran buku Astro bulan 5 ni Encik Amman harus dengan pantas membelek2.. hahaha.. Mungkin time ni dah cuti so hari2 agaknye mengadap tv :P hahaha.. Kalau boleh rakam gua try masuk dalam blog. Tengah pikir, boleh ke ek tengok TVI Astro tu dalam pc? and download ek? Haha.

6 comments:

rj Etika said...

hai Encik Artis. i nak sign muleh?
hikhikhik~
*sila sepak aku dengan kuat.

Encik Amman said...

@rj Etika kalau untuk awak saye sign pakai kaki..buleh? rare tu! haha

amranaiman said...

kate2 yg padat.. hanyalah PERGHHHH!!!!

Anisa Hang Tuah said...

nak signnn!!!

Encik Amman said...

@amranaiman kahkahkahkah.. siot.. hehehe... tapi mana bleh lawan avam PERRHH... haha

Encik Amman said...

@Anisa Hang Tuah waduh2.. hahahaha.. nak sain kat mana? haha..kat hidung ok dak? baru lah hidung belang