Banner

Banner

Tuesday, May 31, 2011

Autostylista Group

Anda seorang kaki automotif? Sebut saja tiap-tiap jenama kenderaan, semuanya berada di kepala anda? Jika ya....Bagus kerana Encik Amman nak memperkenalkan satu group yang bernama Autostylista.


Autostylista adalah satu kumpulan di Facebook yang mana ahli-ahlinya adalah manusia yang minat akan kenderaan, mempunyai keghairahan yang tinggi terhadap kenderaan. Umpama makan kenderaan, minum kenderaan dan tidur pasti lah kenderaan juga.

Foundernya adalah sekumpulan anak muda Malaysia, Dan kumpulan ini sebilangan ahli-ahlinya pernah mengikuti pengajian senireka automotif. Ada juga yang masih mengikuti pengajian ini dan terdapat juga ahli yang tidak mengikuti pengajian ini tetapi minat untuk berkongsi tentang rekabentuk automotif dan informasi mengenai rekabentuk dan teknologi automotif.

Group ini gemar membincangkan tentang rekabentuk, informasi terbaru mengenai automotif dan berkongsi karya design mereka yang mana terdapat dalam bentuk media digital hinggalah ke kerja pembuatan model berskala. Berikut adalah contoh rekabentuk automotif yang mana semuanya adalah hasil kerja anak Malaysia kita.


(Klik Gambar Untuk Tumbesaran)






Kesemua gambar ini diambil daripada group Facebook Autostylista.
Jika anda seorang yang suka berbincang, berkongsi serta berkarya mengenai apa-apa yang berkaitan dengan bidang automotif,  maka Encik Amman galakkan anda untuk sertai group ini.

Jangan malu jangan segan.

Anda boleh klik link di bawah ini untuk ke laman Facebook Autostylista



5 comments:

Liyana Zahim said...

Pehhh.. Pndai2 org meleysia upenyer.. Herhehr~

Encik Amman said...

@Liyana Zahim Banyak je yang hebat2.. cuma masih tak terdedah je..

Encik Amman said...

Sebab itu lah, ini tugas Autostylista.. untuk mengetengahkan benda ini

amranaiman said...

nak masuk group ni lah~~ :D lalallalaa~~

Encik Amman said...

@amranaiman sila join.. ini manyak baik punya gulup.. hahha