Banner

Banner

Tuesday, May 10, 2011

Panas tahap killer minggu ni



Minggu ni, panas giler kan? siang panas, malam pun panas. Ape pun tak boleh. Nak tidur lena jadi tidur2 ayam, mengadap kipas meja bersuis 3 depan muka pun berpeluh, baru mandi tengah2 malam, tengah2 pagi tengah2 hari 5 minit jek dah kering balik badan. Agak hebat dugaanNya. Tak boleh lah nak merungut sangat. Ni baru area Lembah Kelang, belum lagi area Kedah. Omak aiihh... Hehe.. Dan Encik Amman pun dapat sumber ni mengatakan mengapa Malaysia panas minggu ni:



Suhu panas dijangka berakhir minggu depan – JMM - 09/05/2011 7:31pm

KUALA LUMPUR 9 Mei – Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.

Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina yang meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini. 

"Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering,” katanya di sini hari ini.

Namun beliau berkata, keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal dalam bulan Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada bulan Mei tahun 1998. 

"(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9°C), Alor Setar (37.5°C), Lubuk Merbau (37.0°C), Melaka (38.0°C), Batu dan Kuala Krai (38.0°C),” katanya. – Bernama



P/S: Suhu normal Malaysia adalah 32 darjah celcius. Hehehe, cepat2 la pegi cari air Cool Rhino kat 7E. Kasi segar sikit badan.


Suka?

9 comments:

amranaiman said...

panas donia~~~ ^_^

puterinuraqiliah said...

yeke..patutlah
pnsnya..haish.. dh naik demam~,~

Encik Amman said...

@amranaiman yup, ini baru sikit .. belum lagi panas akhirat kan

Encik Amman said...

@puterinuraqiliah alahai ciannye samopai demam.. jage kesihatan diwaktu cuaca tak menentu ni k? :)

Hanim Mahali said...

memang panas kan??? rasa nak mandi setiap jam ja... tapi panas dunia... kenalah bersabar.... huhuhu

Encik Amman said...

@Hanim Mahali :) yup2.. memang panas. sabo2.. jgn byk buat aktiviti pelik2. lg panas. ekeke

Encik Amman said...

@Hanim Mahali hehe.. rendam je badan dalam tab mandi berjam2 :D

combi said...

skrg da kurang da cket..tp mmg panas tahap bab*n lah .

Encik Amman said...

@combidah takde dah la combii... sekarang dah kerap hujan dah.. yahuu~~