Banner

Banner

Monday, May 30, 2011

Salma.. U rocks me.

Mestilah ramai dah tau sapa pemenang Mentor 5 semalam kan. Tak pe, Encik Amman saje nak share jugak.



Korang tengok ke? Encik Amman pula semalam dapat panggilan last2 minit dari housemate.. dia ajak tengok Mentor live dekat Stadium Malawati, Shah Alam. Ada 8 tiket lebih.. Dah tu Encik Amman pun kebetulan baru lepas pulang dari lepak2 dengan Etika dan Fazly. Fazly kata dia taknak ikut. Maka Encik Amman dan Etika dan bersama 2 housemate pun pergi lah ke Stadium Malawati tu. Dah area2 sini je pun, tiket pun free ok lah tu ye dak.




So tiba juga, dan pembukaan Mentor 5 disajikan dengan persembahan mantap dari Hujan. Serius memang layan. Kemudian ketiga2 finalis Mentor 5 pun mula lah berentap suara untuk memenangi hati juri dan peminat. Tiga-tiga molek, suara semua mantap. Tapi, Salma tetap menyerlah dengan vokal yang lebih mantap, dan apabila digandingkan dengan Jaclyn Victor, kami perasan suara Jaclyn pula yang tenggelam. Ko nampak kan?

EA mula2 tak lah berapa nak layan sangat Mentor 5 ni, sebab bukan selalu nak layan tv sangat. Tapi, ade sorang member ni.. kalau dia datang je rumah, Aku leh komfem la dia akan pasang lagu Salma ni banyak kali ok. Banyak kali sampai aku pun naik gila. Tapi dari situ la aku kenal Salma ni. Tak dinafikan memang power la vokal dia.


Bila setiap protege ni dah habis menjayakan persembahan sebanyak 3 nyanyian setiap seorang. Tibalah saat juri-juri untuk memberi markah, ketiga2 peserta mendapat markah berikut:

Salma = 16 markah
Shiha = 17 markah
Iqa = 20 (markah full)

Kaget EA sebentar, waduh2.. ini tak bisa jadi. Salma last pulak tu. Kemudian tiba pula saat mendebarkan bila keputusan akhir akan diumumkan bila undian SMS pula dikira.. tinggal Ally Isqandar nak umumkan je.. hehe..
Dan keputusan nye

Salma = 85 markah
Shiha - 63 markah
Iqa= 56 markah


Perrhh... Salma menang cukup. Bangga EA bila dia menang.. (bila pulak aku start minat Salma ni :P)
dapat RM 100k dan Chevrolet Cruze. Salah satu kereta kegemaran EA. :) Cik Salma sudi date dengan EA tak? Hahaha



COMMERCIAL BREAK--------------------------------------------------------------------------
Balik tu, singgah 7E kejap. Etika beli buku RAPI... Pelik la apesal budak ni.. Hehe.. rupanya dia masuk majalah tu. haha.. kalau korang nak tengok pegi la selak2 ke beli ke RAPi edisi Jun 2011 ni. Haha.. Aku perlu beli ke? Tak perlu kot. Membazir. Hahaha.. Tunggu sikit jam lg, mana tau dia post entri ke pasal tu :P
--------------------------------------------------------------------------------------------------------




P/S: Tahniah kepada Salma dan mentornya Erra. Dan kedua2 protege lain, Shiha dan Iqa jgn bersedih kamu mantap juge cuma rezeki tak berpihak untuk menjadi juara." :) 


Weh Suara Salma mantap weh, aku yang dekat stadium ni berapa kali meremang tengkuk aku bila dia tarik key tinggi.  -____-U


11 comments:

Naddia said...

aku xpenah tgok salma nyanyi

Ct Arina said...

salma the best! power gile vocal die kan kan kan ^_^

Ieka Luvika said...

aman suke salma..teehee! :))

Encik Amman said...

@Naddiaye ke? dasyat beb.. haha ko gi la tengok youtube. melambak2 kot

Encik Amman said...

@Ct Arina hahaha... haa.. betul... encik amman sokong sebujur suara.. hohoho..

Encik Amman said...

@Ieka Luvika Hahaha... ape ko ingat aku mencintai ke? suka dan cinta adalah 2 perkara berbeza okeh hahaha.. :)

gadisBunga said...

salma mmg hebat. tapi saya suka iqa. sebab edry kot. ok, bias. :)

Encik Amman said...

hehe... iqa pon best suara dia. wah wdri jadi perencah tambahan ye. hehe

Encik Amman said...

edri saye maksudkan.. haha.. Edriqa memang gandingan yang mantap juge. hehe

rj Etika said...

Aku rase hepi gile pegi tengok konsert tu semalam. lagi lagi bile part crowd jerit name iqa banyak banyak kali. rase macam diorg tengah bagi support kat aku. hahahaha~

Ohh..aku cadangkan kau beli la RAPI. Bagus untuk kesihatan diri kau. hahaha~

Encik Amman said...

@rj Etika lagi hepy bile aku promote ko kan. hahaha...

ah.. eika dgn iqa tu jauh panggang dari api.. tak nak aku samakan diorg memanggil iqa dengan memanggil ko. hahaha...

RAPI? tak perlu.. ko beli aku pinjam takpe, aku tak kisah hahaha