Banner

Banner

Wednesday, June 29, 2011

Bike Design (Part 3) - Development Progress

Continuing from Part 2

Lama tak sentuh progress ni. Maka Encik Amman teruskan proses pembuatan konsep ini.

Step 15 - Glue the body parts


Body di gamkan menggunakan 3Second Super glue,
Permukaan frame di bahagian tepi seat dikorek untuk meletakkan kerusi.
Sisa potongan kayu diambil dan dipotong untuk menutup permukaan tepi 'body'.
Putty  digunakan untuk menutup ruang yg tidak rapat. 


Step 16 - Sanding the body surface & editing


Body digosok dengan kertas pasir sehingga bersih.
Bahagian tapak bawah seat dibuat (boleh menggunakan kayu, Encik Amman menggunakan Epoxy  kerana kekurangan alat)
Seat di potong mengikut bentuk asas dahulu


Step 17 - Windshield Making


Baki potongan kayu dibentuk semula dan diperkemaskan
dan disalut Putty Grey untuk dijadikan base untuk proses pembentukan plastik


Windshield Base itu dimasukkan ke dalam Vacuum Forming Machine
untuk proses pembentukan plastik 


Plastik tersebut dipotong dengan Grinder supaya tidak mudah pecah


Diasingkan daripada base

Ditampal dengan Masking Tape pada setiap permukaan plastik untuk mengelakkan calar
dan untuk proses seterusnya.
Cermin ini fit dengan Frame body pillar


Step 18 - Dashboard Making


Bahagian kayu untuk dashboard dilekatkan dengan body 
menggunakan 3 Second Superglue dan diperkemas dengan Putty

Bahagian speedometer dan kemasan dashboard dibuat menggunakan epoxy
kerana mudah dibentukkan. Encik Amman menggunakan kikir kecil untuk menggosok
permukaan yang sempit. Ianya banyak membantu.

Kemudian Encik Amman membuat extended frame dengan epoxy yang ditampal di atas body seperti mana
rekaan yang telah dirancang. Kemudian digosok sehingga licin


Step 19 - Assembling parts


Plastik windshield dilekatkan dengan body menggunakan putty.
Epoxy ditengah itu Encik Amman menutup ruang antara windshield dan dashboard
supaya ruang dari bahagian interior kelihatan kemas.
Ruang tengah tersebut kemudian digosok sehingga rata.


Bahagian body dan base digamkan dengan 3 Second Superglue kemudian
diletakkan putty pada permukaan yang ada lubang kemudian digosok hingga kemas.
Lubang bahagian base di hadapan itu Encik Amman tutup dengan Model Board
supaya mendapat finishing yang mudah dan kemas.
(kesan2 spray itu untuk check surface :D)


Extended base design dibuat mengikut rekaan menggunakan epoxy. (gila epoxy betul lah)
Kemudian seluruh permukaan model digosok dengan kemas menggunakan kertas pasir.


Step 20 - Put putty grey (Duko)

Putty dan Putty Grey adalah dua benda yang berbeza. Putty adalah simen komposit yang biasa digunakan untuk menyimen permukaan kereta sebenar yang biasa nya akibat tercalar atau kemalangan. Putty memerlukan Hardener untuk mengeras

Manakala Putty Grey (kami panggil Duko) pula adalah simen yang digunakan untuk menutup liang2 permukaan bahan supaya dapat membuat permukaan bahan itu licin, mengelakkan karat dan mudah dicat. Thinner digunakan untuk melarutkan Putty Grey (Duko)


Sebelah model tu adelah tin Duko :)
Lapisan pertama di letakkan


 3-4 lapisan disapu dengan berus untuk memastikan permukaan
model tebal dan tidak menampakkan urat-urat kayu. Larutan Duko ini haruslah sedikit tebal dan
tidak terlalu cair kerana ianya memudahkan proses.

Dikeringkan sepenuhnya, lebih bagus dibawah pancaran matahari.
Kemudian boleh digosok menggunakan kertas pasir yang lebih halus, mengikut kesesuaian
(Encik Amman guna 400-600-1000>) sehingga licin.
Step 21 - 1st Layer Spray

Encik Amman menggunakan Spray - Primer Surfacer Grey
sebagai base color kerana ianya bersifat tebal dan boleh menutup lubang-lubang halus pada permukaan.
(tutup muka bila spray ya, bahaya. haha)


Biarkan kering dahulu.
Proses ini sudah hampir ke penghujung.

Part 4 (finishing) akan menyusul kemudian. Bersambung...

Lihat Proses:-

7 comments:

Anonymous said...

hahaha owh korg x g bengkel erk tembak duco heheheheh :)

Encik Amman said...

@Anonymous malam2 tembak duko kat bengkel kene sampuk nanti. hehe

ayampenyek said...

dah mcm deesign report :P

Encik Amman said...

@ayampenyek hahaha.. untuk memudahkan. haha

masMZ said...

wow! tak sangka!

Encik Amman said...

@masMZ sangka2 kan lah :)

Unknown said...

Salam Tuan. boleh tau kat mane buat vacuum forming tu??