Banner

Banner

Tuesday, June 14, 2011

Gua Sorang2 Hadap KL Gangster

Gua belum cukup gangster lagi. Hati tak cukup kering. Takat kering2 lembab ade la sikit. Tapi semalam gua hadap jugak. Gua sorang2 pegi hadap KL Gangster. Gua nak ajak geng gua, geng gua dah hadap. Shial la... Puuuiii!!....



Gua bukan nak cerita sinopsis. Lu nak sinopsis lu baca LINK INI

Berdasarkan Trailer.. Menarik! Macam filem wajib tengok. Oh! Media review pun sampai 5 star. Krew Oh! Media kata dah tengok 3 kali pun rasa nak tengok lagi. Terbaik sangat kalau dah 5 star tu. Ini tak boleh jadi. Nak ajak sape yg terdekat pun takde, Gua yg baru sampai dari kg, terus siap2 gua pegi sorang2 tengok wayang dekat Jusco Kepong. Nasib baik seat gua best giler. Maklumlah sorang2. Selama gua jejak bumi, ni 1st time gua tengok sorang kat wayang, best jugak. Lagi2 tengah2 malam kan. feel je angin2 rindu menyaluti tubuh. 

Syamsul Yusoff (Sol), kata filem ini adalah "hadiah" buat peminat2nya. Jadi kita boleh andaikan bahawa filem ini adalah berkualiti dan Sol amat berpuas hati dengan filem ini. 

Bagi gua, KL Gangster mempunyai kualiti yang agak memberangsang kan. Filem arahan Sol nampaknya mempunyai peningkatan yang baik dan ianya hampir setanding dengan Filem2 gangster antarabangsa. Aksi-aksi bergaduh memang banyak. Skill tomoi semua keluar. Ringan je wa rasa kaki gua mase tengok. Romance2 takde, safe ok. Budak2 bawah daripada 13 tahun kene bawak mak bapak rasanyer kalau nak tengok wayang sebab ianya rating PG 13 (Parental Guidance 13)

Lakonan Aaron Aziz, Adi Putra, Sofie Jikan memang best, mereka betul2 menghayati watak masing2. Sol punya lakonan tidak kurang hebatnya, tapi gua rasa nada langsi dia tu tak masuk.. Pelik la bagi gua. Zizan gua ingat dia serius dalam filem ni, rupanye ade tersisip lawak juga. Abang Long Fadil nama nya. Tinggi pangkat tu tapi dia memang hampeh.

Terdapat pengajaran yang ditunjukkan dan buat korang berfikir. Antaranya, bila adik beradik lu sume rosak, nak kejar jadi gangster sangat sampai mak pun korang lupa. Lu tara pk mak lu kah? Macam tu. 
Lepas tu, kalau lu dalam satu2 organisasi, lu jangan la tikam belakang demi duit. Lu jaga keluarga lu elok2. No langgar2 dari belakang. Jadi sayur nanti. Kene jual 3-4 ringgit.

Dialog dalam filem ni banyak yang menarik. Gua percaya sikit hari lagi jadi ikutan la ni. Antara yang best "Kalau aku potong kau 18 bahagian, baru ko faham erti penyesalan" diucap oleh Sofie Jikan. Pakat gelak la warga wayang.

Overall, gua berpuas hati dengan filem ini. Dan gua rasa macam nak tengok lagi dekat wayang. Tak puas. nak layan lagi sekali. Lu? Amacam? mau pegi tengok? Pegi la. Itu kalau lu minat la. Lu tak minat lantak lu la, gua bukan gengster nak paksa2 lu.

Masa filem ni dah habis n nak keluar wayang, wa perasan ade jugak Chinese yang layan cerita ni. Wa sedikit sebanyak rasa kaget loo. Apekah ramai Chinese suka tengok cerita bikinan melayu ini? jarang bukan. Respek la diorang ni gak. Haha. Lu yang melayu2 ni takde nak tengok ke? Sapot skit weh!

Lu pun ade dengar kan pasal satu persatuan nak saman Sol ni? 
Komen gua, gua rasa ramai lagi tak tau pasal kod rahsia yang digembar-gemburkan tu. Tapi bila persatuan ni nak saman KL Gangster dan Kongsi. Maka ramai akan mengaitkan bahawa pengaruh persatuan tersebut agak sinonim dengan filem ini. Elok2 ramai yang tak tahu, terus ramai yang selidik dan ambil tahu. Tapi siapa tahu kalau2 mereka punya sebab yg munasabah main saman2 ni.

Komen lu macam mana?

Gua bikin cerita ni lu jangan saman2 gua tau.



Suka? Kalau suka boleh LIKE

12 comments:

adwafarahin said...

aishh x tgk lagi nie..bila ntah nk tgk sebok nk exam nie -___-"

Encik Amman said...

@adwafarahin sebok ke? hehe.. filem ni agak2 lg sebulan kot baru habis. ade mase lagi :P

Ieka Luvika said...

amman..gangster ckop! hehe

Encik Amman said...

@Ieka Luvika gangster tak tulis blog. lulz

MissNadh said...

waaa,aritu da hampir tgk da,tp da lewat ptg kang balik lmbat ayah marah..wuuuu~

ramai laki kate best,kalo pompuan akan kate aaron dan adi putra ensem gileee,kene tgk sebab dorang,erk?hhaha

Encik Amman said...

hehe.. bgus2. dengar cakap bapak. hehe.. kelua pg2 pegi tengok. hehe..

errkk.. hehe.. dah nama pun perempuan.. cair le kalau tengok aaron dgn adi.. adi da la tayang2 badan ketul2.. cair le gegadis. haha

jebat_designHero said...

macam biase, aku memang suke filem2 yg arahan syamsul yusof sbb die mmg berciterase tinggi baik dari segi jalan cerite, koreografi , pengolahan karakter, dan visual. tp tak bmakne aku suke lakonan die yg paling kachak, hebat, gagah, macho, hot, terrer, mat bunge, hero, hmm... kire sumelah die nak jadi... ~

Encik Amman said...

@jebat_designHero hehehe.. selalu pengarah ni nak dia yg expose lebih. interframe mesti banyak. kali ni dia jadi antagonis. maka banyak juga paparan watak dia tu. haha.. bg ak still ok. cume suara tara kena maa.. tara langsi.. hahaha

Bigdaddyz said...

dengar best cerita ni...hmmmm

Encik Amman said...

@Bigdaddyz der best der. hehe. mesti kene tengok. :)

pe pun thanks follow.

amranaiman said...

belape bintang??

Encik Amman said...

@amranaiman 4.5 bintang. hehe