Banner

Banner

Monday, July 18, 2011

Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2 is Perfect Ending.


Bagi yang mengikut setiap filem Harry Potter, ini adalah filem yang tidak patut anda lepaskan. Tidak seronok jika terlepas menonton filem ini di panggung wayang. 

Encik Amman tidak pernah mengikuti novel2 Harry Potter, tapi tidak terlepas setiap filem Harry Potter. 
Tentu tak seronok kalau korang tak tengok lagi tapi Encik Amman dah beritahu pengakhiran dia kan?

Transformers pun Encik Amman tak tengok lagi. So semalam pun Encik Amman berbelah bagi nak tengok Transformers 3 ke nak tengok Harry Potter 7 part 2 ni. So setelah difikirkan Encik Amman dah tunggu dari tahun lepas dan begitu eager nak tengok ending HP sambil memikirkan kepuasan perasaan selepas menonton filem, so HP adalah pilihan Encik Amman.

Seperti mana yang kita tahu ianya adalah sambungan daripada HP7 part 1. 
Dalam episod Harry Potter kali ini nampaknya terdapat banyak kejutan yang tidak disangka2. Menjawab segala persoalan kepada konflik yang telah berlaku dalam dunia Harry Potter. Begitu mengujakan. Memang pada permulaannya ianya agak perlahan kerana 'banyak cakap'. Tapi itu adalah untuk jawapan menyingkap setiap persoalan yang ada dalam filem ini.

Namun setiap babak mempunyai aksi-aksi yang begitu mengujakan. Terasa jangka masa filem ini sangat lama dengan plot2 yang berlainan dan jalan penceritaan yang pantas, mudah dipahami dan seronok bagi setiap babak. Ending nya memang terbaik. Sangat2 berpuas hati.

Nampaknya memang berbaloi lah Encik Amman pilih Harry Potter. Perfect ending dan Encik Amman kasi 10/10 untuk filem ni. Encik Amman tak nak review bagaimana cerita nya. Kalau korang yg memang minat tu. Cepat2 la pergi tengok. Nanti melepas, sadis pula sambil duduk menangis teresak-esak di bilik mandi sambil dipancurkan shower.. 

Cuma yang Encik Amman tak puas hati tu.. kenapa my

Ginny Weasley

dapat dekat Harry Potter?!!!
Mencik! Mencik! :')

*p/s : Balik tu senyum2 sorang2. Hahaha.. Rasa macam nak tengok banyak kali. T.T


6 comments:

sekamar rindu said...

salam.

saya adalah satu daripada jutaan peminat filem ni...

Encik Amman said...

kalau saya nak mewakili dua peminat boleh? hehe.. rasa nk tgk lg.. 3D punye. erkk.. hehe

Anonymous said...

hahahah..
encik amman, klw follow novel. mmg dh taw la ginny kn dpt kt harry.. so jgn la lari masuk toilet nanges esak2 lak.. lps harry kna tggl ngan cho chang. ginny je d hati.. hahah

Encik Amman said...

takpe, ginny tetap di hati encik Amman. huu.. haha

MissNadh said...

nak severas potter tp die bawah umur lagi..mencik mencik !

Encik Amman said...

severus potter lah! hehehe.. ish3.. dia dh mai dah~