Banner

Banner

Friday, July 8, 2011

Outing Muslimah untuk membantu Ummu Hani


Satu sesi outing bagi mengumpul bantuan kepada adik Ummu Hani yang memerlukan bantuan untuk pembedahan dan rawatan.

Adik Ummu Hani


Info Adik Ummu Hani:
Ummu Hani dikesan menghidapi sakit Buah Pinggang sejak berusia 8 bulan. Beliau sudah kerap ke hospital dan diwadkan. Keadaan beliau sudah terlalu kronik dan Ummu Hani sendiri sudah tidak mahu mengambil ubat hospital. Sekarang Ummu Hani menjalani rawatan alternatif dan dijangka memerlukan kepada rawatan intensif. Pihak mereka memerlukan sumbangan untuk membayar kos rawatan dan yang berkaitan seperti penginapan dan makan minum dan memerlukan penjaga khas untuk beliau.
Anda boleh rujuk di SINI


Sesi outing muslimah ini dianjurkan untuk mengumpul bantuan kepada Adik Ummu Hani.
Program ini akan berlangsung pada:

Tarikh :            16 Julai 2011 (Sabtu)
Masa :             12.00 tghri - 5.30 ptg
Tempat :          Taman Tasik Perdana Lake Gardens

Yuran penyertaan : RM50  (akan disumbangkan terus kepada Baitul Kasih, badan yang menguruskan perihal adik Ummu Hani)

Pembayaran boleh dibuat melalui akaun 
Maybank: 1621 8848 9349  (MOHD NOOR AZHAR B DAHALAN)
atau sebarang pertanyaan, sila hubungi 019 275 0822 (HADI NOR)

Marilah sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan

Penganjur program: HNAD STUDIO 
dengan kerjasama

-Huda Jamal & Friends (organizer)
-Rana Aswad (wardrobe)
-Baitul Kasih (management Ummu Hani)
-Anna Abdullah + Rozita Oggy + Etty Garib (Make-up Artist)


Model-model yang membantu:
Norraien Nordin, Farah Alwani Johari, Hilany Hidzir, Norratiqah Nordin, Huda Jamal, Farhana Nabillah,  Amirah Filzah, Sarah Amin, Huda Jamal, & Nor Suhana Saharuddin

P/S: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sama-sama kita bantu Adik Ummu Hani. Sambil kita beramal tu, niat dengan ikhlas dan sertai doa agar beliau cepat sembuh kelak. InsyaAllah.

8 comments:

amranaiman said...

dh main kamera ke?? bagus membantu mereka..

nurdani said...

semoga adik ummu hani cepat sembuh. banyak yang lebih susah daripada kita dan semoga ramai yang membantu daripada membazirkan duit ke tempat tak berfaedah

Encik Amman said...

@amranaimantak lah. tolong dedahkan.. kita tolong selagi ada mampu beri sesuatu

Encik Amman said...

@nurdanialhamdulillah..itu yang kita harapkan

cikmegipama said...

kesiannye.
doaku mengiringi mu adik ummu hani...

Encik Amman said...

@cikmegipamaalhamdulillah..

ZORA said...

kesiannye...

Siti Salha Rosman said...

Kesian adik Ummu Hani. Semoga masa depan dia cerah :)