Banner

Banner

Saturday, September 3, 2011

Merancang

Sebulan lebih aku tak update blog. pasal pe. Hehe.. sebenarnye sebelum ni aku banyak men-settle kan kerja dan perkara remeh yang perlu di uruskan.. Lagi-lagi selepas habis belajar. Baik aku berehat kejap dan setel kan semua perkara yang tertinggal agar aku tidak tunggang terbalik di kemudian hari.

Dalam masa yang sama, aku juga merancang dan menguruskan perjalanan karier aku yang mana hari ini, bukan senang hendak mencari kerja yang kita idamkan yang kita mahu dengan mudah. Tak mudah. Jadi aku dulu bertekad supaya taknak menyentuh blog selagi tak dapat kerja tetap. Nampaknya ianya tercapai. Dalam sebulan lebih aku cari dan tunggu, berbaloi juga. Jadi aku memikirkan juga perjalanan blog gua yg biasa-biasa je ni. Gua nak tukar wajah sikit lah supaya ianya mempunyai konsep yang jelas. dari segi estetik visual, hingga ke pemahaman pembaca. Biar lah ia simple tapi amat disenangi. Less is more. Ok aku akan update lagi lepas dah wat facelift kat blog ni. (sebulan lagi ke? hehe)

Tak rugi aku buat part-time haritu. Walaupun dua minggu, dari situ puncanya aku dapat meneruskan karier aku di tempat lain. Ianya umpama takdir, amat jelas. Walaupun apa yang aku rancang tak sama dengan apa yang aku dapat. Ini suma kerja Allah. Tapi aku bersyukur sangat, kerana doa aku dimakbulkan.. Alhamdulillah.


(ye mmg gua newbies lagi der, tapi lu cool rilek2 je.. gua pelan-pelan kayuh dulu)

10 comments:

Abang Zam said...

comeon bitch! i'm waitin!

cikmegipama said...

hekhekhek....

igt entry raya..
ok2 da dapat keje ni bleh la sara bini gn anak2 pasni.

keje molek2..

bukit aman!

nurAMALLINA said...

lama jugak kau tak update ye, :P

Encik Amman said...

@Abang Zam bitching around.. haha

Encik Amman said...

@cikmegipama raya kelima dah ni.. tak rupa raya dah.. haha.. bleh ah datang2 rumah kengkawan abes kan kuih raya dorang..

Encik Amman said...

@nurAMALLINAade la setahun.. kahkahkah.. takde aih.. sebulan nak masuk 2 bulan kot :PPPPP... rindu aku kek blog ni di sini la ku mencari sumber rezeki.. cewah

alia zarfullah said...

inshallah,kuat & banyak tabahkan hati bila berganjak ke dunia baru. :)

Encik Amman said...

@alia zarfullahyaa memang dunia baru.. hehe.. thanks alia

amranaiman said...

usaha tangga kejayaan :D

Encik Amman said...

@amranaiman tapi bro.. prinsip ku, usaha eskalator kejayaan.. laju sket :P